Loading...
Pengenalan 2018-02-06T07:20:19+00:00

Pusat Islam dan Kemasyarakatan

Masjid Al I’tisam terletak di dalam lot 34719 di Taman TTDI Jaya 40150 Shah Alam, Selangor dengan jumlah keluasan tapak 3 ekar telah di bina pada tahun 1995 sebagai sebuah surauynag kecil dan segera dinaiktaraf sebagai sebuah Masjid 1997untuk menampung kepeluan mendesak penduduk setempat. Pada mula Masjid mampu menampung jemaah seramai 1000 orang. Ia mempunyai kemudahan asas sebuah Masjid seperti dewan solat utama dan juga kemudahan sokongan seperti tandas dan tempat wudhu’.

Masjid Al-I’tisam yang sememangnya terkenal dengan kesuburan majlis ilmu dan program masyarakat setempat.

Semenjak itu, Masjid Al I’tisam telah melalui beberapa fasa renovasi dan penambaikan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat terutamanya pada waktu puncak di samping perlu menampung pelbagai aktivit-aktiviti yang dianjurkan pihak Masjid. Sehingga kini, Masjid dapat menampung jumlah maksima jemaah seramai 3000 orang pada satu masa.

Masjid juga telah bersetuju dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menggunakan 1.1 ekar daripada plot tapak untuk Masjid seluas 3 ekar tersebut, untuk membina banagunan Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya, Shah Alam bagi memenuhi pertambahan pelajr sekolah rendah mendapatn pelajara asas Fardhu Ain..
Di akhir tahun 2000, Maahad Tahfiz Al I’tisam telah diasaskan dan beberapa fasiliti Masjid dan tapak di kawasan Masjid telah digunakan seperti bilik kelas, hostel, tempat makan, bilik mandi dan tandas.

Berdasarkan ratio penduduk terkini, TTDI Jaya terdiri daripada 95% Muslim dan 5 % bukan Islam. Faktor ini telah menyumbang ke arah peningkatan dan kecemerlangan aktiviti-aktiviti di kalangan ahli kariah TTDI Jaya dan kawasan persekitarannya. Masjid Ai- I’tisam selalu dikenali sebagai sebuah masjid tanpa menara yang aktif.

Jom ke Masjid!